Resipi, Sambal

Kuah rojak

 

Dah lama tak buat kuah rojak ni.Ada kawan di tempat kerja bagi resipi ni (lebih 3 dekad yg lalu). Buat ja, pastu nak makan dengan buah ka, nak makan dengan sotong kangkong pun boleh.

Bahan2 yg diperlukan:

  • 1 botol kicap manis
  • 500 g gula merah
  • 500 g gula putih
  • 1 genggam cili padi
  • ½ botol petis (otak udang)
  • secubit belacan
  • ½ cwn tepung gandum

  • Blend cili padi dgn kicap manis hingga lumat. Masukkan cili ke dalam sebuah periuk yg besar(kuah akan meruap dan melimpah jika guna periuk yg kecil)
  • Tambah gula putih
  • Masukkan petis

  • Masak gula merah dgn sedikit air, utk hancurkan ketulan2 dlm gula merah.
  • Tapis gula merah yg telah dimasak ke dlm periuk yg berisi cili tadi.
  • Kacau rata dan masak di atas dapur dgn api sederhana.
  • Masak hingga cili padi benar2 masak dan tak berbau cili mentah lagi.
  • Padamkan api dan taburkan tepung gandum di atas kuah dan kacau dgn egg whisk supaya tidak berketul2.
  • Nyalakan api semula dan kacau kuah sehingga mendidih.
  • Tutup api.

  • Sediakan buah2 seperti jambu batu, jambu air, nenas, mangga, sengkuang dsb. Boleh juga disediakan taukua goreng.
  • Sediakan kacang tanah yg disangai dan ditumbuk atau blend dgn chopper utk ditabur atas kuah rojak.
  • Sediakan juga bijan/lenga yg disangai.

Kuah rojak

الحمد للَّه

Siap utk menyicah.

 

Ni ada ahli keluarga yg teringat zaman persekolahan dulu. Kuah rojah dipalit atas potongan sengkuang menjadi kegemaran kanak2 sekolah.

 

Resipi, Sambal

Gado-gado

 

Bulan posa ni makanan kena jaga lebih. Siang hari, air dah kurang. Akan timbul sembelit dsb. Kita perbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.Hari ni dlm rmh ni sorang saja nk makan nasi masa iftaar. Yang lain makan gado-gado macam kita makan pasembur tu. Boleh dimakan begitu sajaaa……

Gado-gado juga dikenali dengan nama lain iaitu pecal.

Siapkan kuah gado-gado macam kuah kacang cucur tu, cumanya kita masukkan sedikit belacan pada kuah ni. Kurangkan manisnya.

Siapkan rampai2nya (ikut citarasa masing2)

  • Kangkung(kami guna kangkung air / kampung) diasingkan daun dan tangkai, dicelur. Kemudian dipotong pendek.
  • Ubi kentang dikupas kulit, potong kecil2 dan rebus.
  • Timun dipotong memanjang, pendek2kan dan buang isi dlm(cara ni timun tahan lama).
  • Tauge dicelur.

  • Sotong kembang dibasuh dan dipotong kecil.
  • Celur sotong.

Taukua digoreng dan dipotong kecil.

Bebola dan kek ikan digoreng/ kek ikan dipotong kecil2.

Frankfurters digoreng dan dipotong kecil2.

Kelempung direbus dan kemudian digoreng garam kunyit.

Rebus telur.

Atur bahan2 rampai di dalam pinggan.

Tuang kuah gado-gado di atasnya. Siap.

Gado-gado

الحمد للَّه

Enak dimakan begitu saja……ratah saja, tak makan nasi pun kenyang. Zat dari sayur-sayuran, telur, kelempung, sotong dsb.