Cucur badak

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Memusing cari ubi kayu sampai keluar kawasan….nak cari ubi kayu, nak cari ubi kayu 😋😄 Tak ada rezeki. Lain yg dicari, lain yg dapat 🤲

الحمد للَّه

Keledek pun keledek la…..😍 Nak buat coq badak, saiz orang2 dulu buat (memang saiz badak 😂) . Makan puaih(puas). Cuma tak dapat udang kering untuk hiasan di luar.

Cucur badak

Kalau ubi banyak, إن شآء اللَّه boleh buat frozen.

  • Kupas ubi keledek dan potong besar2. Basuh dan kemudian rebus hingga empuk.
  • Lenyek ubi ketika masih panas2.
  • Biar hingga betul2 sejuk.
  • Masukkan tepung gandum dan gaul hingga tak melekit di jari. Tambah tepung bila perlu. (kalau melekit sikit2 tu tak apa, bila buat bola2, cicah pada tepung dan golek2kan.)
  • Siapkan kesemua coq badak dan atur dalam talam yg disapu dengan sedikit minyak.
  • Goreng dalam minyak dalam dan cukup panas hingga kuning keemasan. Minyak kalau terlalu panas, akan jadi gelembung di permukaan kuih 👇😊

الحمد للَّه

جزاكَ اللَّه خيرًا كثيرًا

kepada angah yang banyak membantu .



Kuih yang lebih buat frozen.

Coq Ikan Bilis

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Ada berbaki lagi kucai yg dituai di belakang rumah 2,3 hari lepas. Buat coq ikan bilis la jawabnya.

Cucur kucai bilis

2 genggam ikan bilis diperisi (terutama tulang 😒 bahaya )

Hiris nipis 3 biji bwg besar dan 1 cekak daun kucai.

Satukan hirisan bwg besar,kucai dan ikan bilis dalam satu mangkuk besar atau besen.

Masukkan 1cb gula, garam dan sedikit serbuk secukup rasa. Gaul rata.

Masukkan 4 kole/mug air. Kacau rata.

Tepung gandum

Masukkan 4 kole/mug tepung gandum. Tabur/peroi sedikit tepung di atas bancuhan dan boleh digoreng dalam minyak dalam yang panas. Kaup/jemput di permukaan bancuhan supaya terperangkap udara.Masukkan ke dalam minyak panas.Goreng hingga kuning keemasan.

الحمد للَّه

Sedap dimakan dengan sebarang sos atau dimakan begitu saja. Kami cicah dengan sos cili cuka ja……