Ikan, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Kalau ada ikan temenung lengat(kukus), ingat la kat arwah mak. Suka masakan mak yg ni. Udang kalau masak macamni pun sedap.

Ikan temenung lengat

Buat banyak pun tak apa, bleh simpan dalam fridge (tak payah sejukbeku). Temenung lengat ni bahasa utara. Tak tau la di tempat lain panggil apa. Ikan temenung(ikan kembung) lengat (kukus).

  • 5 btg serai yg besar (kalau kecil, letak lebih sikit)
  • Hiris halus serai.
  • 5 ulas bwg putih dihiris kecil.
  • 2 genggam cili kering, dibuang biji dan dihiris pendek2. Rebus hingga lembut.
  • Ketiga2 bahan ini diblend hingga lumat.

Hiris sebiji bwg besar.

Sedikit air asam jawa

  • Pijarkan minyak masak.
  • Tumis bahan2 yg diblend tadi hingga wangi dan betul2 masak.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Masukkan hirisan dari sebiji bwg besar tadi. Biar hingga lembut sikit.
  • Masukkan ikan lengat. Kacau sebati. Tutup api.
  • Masakan ini tak perlu garam sebab ikan lengat ini selalunya dah masin (tak la sampai mcm ikan masin tu). Tapi terpulang la, kalau yg suka masin tu boleh tambah sikit garam.

 

Sambal Tumis Serai Temenung Lengat

الحمد للَّه

Terima kasih kpd Anis yg bnyk membantu 😘

Ikan, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Dok hebuh skrg ni di kawasan utara, di kwsn kuala dan tempat nelayan2 menurunkan tangkapan. Di tempat2 lain tak tau la pulak. Ikan temenung(kembung) dijual murah2. Pusat Khidmat Adun Pantai Merdeka dan Penaga pun di kesempatan ini membuat sumbangan ikan temenung percuma untuk penduduk2 setempat.  Nak pi jengok jugak. Sungguh! Ikan temenung (tapi anak2 temenung, tak cukup akai) RM1 sekilo. Beli banyak dari kebiasaan, seronok nak buat serunding. Tempat nak menyiang pun selesa. Anak menantu pakat siang ikan 😆Siang punya siang, hari koi (kian) gelap. Sambil siang sambil simpan dalam tong ais. Tudia aih……..muka masing2 pun nak macam ikan temenung dah. Badan pun dah berbau ikan.Tamat kerja menyiang bagai pukul 12 mlm. Puaih(puas) dapat ikan murah. 😉 Serik jugak bila kena siang ikan cmni.

Esok baru boleh buat serunding, dah niat cmtu.

Serunding ikan kembung

  • Rebus ikan yg siap disiang dan dicuci bersih
  • Ambil isi ikan (macam nk buat laksa utara tu) dan diblend. Tulang2 kemudian diblend jugak dan ditapis, ambil airnya.

 

  • Bwg putih dan bwg merah dirincih halus, blend.

 

  • Halia dan kunyit dihiris nipis dan blend lumat.

 

  • Lengkuas dan serai dihiris nipis dan blend lumat.

 

Cili kering dibuang biji, rebus bagi lembut dan diblend.(di sini kami guna 5 genggam cili)

Santan dari 2 biji kelapa.

  • Rebus naik kesemua bahan2 yang dimesin, dengan api kuat. Masukkan sedikit asam jawa.
  • Bila masakan kian pekat, perlahankan api. Masukkan gula, garam secukup rasa.
  • Kacau hingga kering dengan api kecil.

 

الحمد للَّه

Kita pekena dengan pulut.

Terima kasih kepada Anis yg  banyak membantu 😘😘😘