Flora, pokok, Resipi, Ulam

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Mula2 kenal pokok ni semasa zaman kanak2, masa tu (arwah) mak dalam pantang. Ada seorang tok yg datang menungku mak. Dia bawa banyak daun ni hari2 utk dilapik/balut tungku. Saya tak tau nama daun ni ketika tu, dan saya pun (jenis pendiam), tak tanya pun kat tok tu nama pokok tu. Cuma saya cam(kenal) tang bau dia.

Bila dah berumahtangga, keluarga mentua pernah buat ulam daun ni. Masa tu baru saya tau yang daun ni ialah daun beluntas. Pokok beluntas banyak terdapat berdekatan kawasan2 paya bakau dan sungai.

Beberapa bulan yang lepas, adik minta cari pokok ni untuk ubat gout katanya. Kami pun ronda di kawasan2 sungai mencari beluntas ni. Alang2 dah jumpa, kami pun korek anak beluntas bawa balik. Mula tu tanam di tempat teduh, dia payah nak besar. Bila dah ubah ke tempat panas, baru tumbuh elok.

     ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Pucuk beluntas ni sedaap dibuat ulam.

Dah mula berbunga. The Indian marsh fleabane had started to bloom.

Bila cukup2 kering, bunga2 ni akan ditiup angin seperti bunga lalang dsb.

Berulam la untuk makan tengahari ni bersama budu kunyit (kali ni disediakan oleh en. suami).

    ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ

Flora, pokok

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Pokok ketapang adalah jenis pokok yang membesar sehingga mencapai 115 kaki (35 m) ketinggian, berbanding dengan pokok kelapa yang mencapai ketinggian 60 kaki (± 18 m). Bayangkan, pokok kelapa pun dah tinggi. The Indian almond / catappa tree can reach a height of 115 ft (35 m), compared to the coconut tree which can reach 60 ft (± 18 m) in height. Just imagine, a coconut tree is considered tall enough.

Yang ni masih muda dan tak berapa tinggi lagi.Selain tumbuh di tepi pantai, pokok ketapang juga ditanam di taman-taman awam. This catappa tree is still young and not so tall.Besides growing on sandy beaches,the catappa trees are also grown in public parks.

Buah ketapang muda berwarna hijau. Ia kemudian berubah menjadi kuning. Biji dari buah yg tua boleh dimakan dan rasanya lemak,seolah rasa badam. A young fruit is green in colour. It eventually turns yellow. The seed from a matured and dried fruit is edible and it has almost that almond taste.

Sejenis ulat suka memakan dan hidup pada daun-daun ketapang. A kind of worms like to stick and feed on the catappa leaves.

 

–Ω–