Flora, Resipi, Sayur, Sayur

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Sahabat-sahabat dalam group wasapp (Group Blog Tumbuhan) kata sayoq ni sedap. Ni first time nak masak.

solanum americanum   الحمد للَّه

Ada labu manis dari pokok sendiri.

Dua jenis sayur ni dari halaman sendiri, satu ditanam, satu tumbuh sendiri.

الحمد للَّه

Labu manis potong bongkah/cube atau ikut kesukaan .

 

  • Rebus naik labu manis dengan kiub pati ikan bilis atau  ikan bilis tumbuk. Rebus hingga lembut.
  • Celur dua kali sayur meranti. Kemudian hiris halus.
  • Bila labu dah empuk, masukkan sayur meranti. Biar sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan santan dan timbuk supaya santan tak pecah minyak. Biar dia gelegak sikit. Tutup api.

 

Lemak putih tapi labu manis turun warna. 😆

الحمد لله

 

Buah, cucur, Flora, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Ada sahabat Angah bagi pisang. جزاكَ اللَّه خيرًا كثيرًا  Dok agak pisang ni pisang Abu atau nama lain pisang awak nipah. Buat apa dok pening2. Kita confirm dengan sahabat2 dlm Grup Blog Tumbuhan.    إن شآء اللَّه

Sahabat ni siap bagi link lagi.

Kepada semua yg tahu tapi tak lokek/kedekut berkongsi ilmu, جزاكم اللَّه خيرًا كثيرًا . Rasanya tak ada orang yg kedekut pasal ilmu ni kan?

Selesai di wasapp, masak la pulak……😍

Goreng ja pisang abu ni………

Hiris pisang ikut kesukaan masing2. Buang kulit.

Buat bancuhan tepung kegemaran. Masukkan hirisan pisang. Salut setiap kepingan dan goreng.


الحمد للَّه

Bagi sesetengah orang, pisang yg hampir masak ini lebih sedap. Kalau yg ranum tu, kata orang2 lama, pisang yg ranum ‘makan minyak’.