Ikan, Resipi

Sambal tumis serai temenung lengat

 

Kalau ada ikan temenung lengat(kukus), ingat la kat arwah mak. Suka masakan mak yg ni. Udang kalau masak macamni pun sedap.

Ikan temenung lengat

Buat banyak pun tak apa, bleh simpan dalam fridge (tak payah sejukbeku). Temenung lengat ni bahasa utara. Tak tau la di tempat lain panggil apa. Ikan temenung(ikan kembung) lengat (kukus).

  • 5 btg serai yg besar (kalau kecil, letak lebih sikit)
  • Hiris halus serai.
  • 5 ulas bwg putih dihiris kecil.
  • 2 genggam cili kering, dibuang biji dan dihiris pendek2. Rebus hingga lembut.
  • Ketiga2 bahan ini diblend hingga lumat.

Hiris sebiji bwg besar.

Sedikit air asam jawa

  • Pijarkan minyak masak.
  • Tumis bahan2 yg diblend tadi hingga wangi dan betul2 masak.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Masukkan hirisan dari sebiji bwg besar tadi. Biar hingga lembut sikit.
  • Masukkan ikan lengat. Kacau sebati. Tutup api.
  • Masakan ini tak perlu garam sebab ikan lengat ini selalunya dah masin (tak la sampai mcm ikan masin tu). Tapi terpulang la, kalau yg suka masin tu boleh tambah sikit garam.

 

Sambal Tumis Serai Temenung Lengat

الحمد للَّه

Terima kasih kpd Anis yg bnyk membantu 😘

Ikan, Resipi

 

  • Potong dan cuci bersih ikan temenung/kembung.Lumur dengan garam secukupnya.Cut and wash clean some mackerel.Coat with a generous amount of salt.
  • Atur dalam loyang,tuang sedikit minyak masak ke atas ikan dan lengat/kukus. Arrange the fish in a pan, pour some cooking oil over the fish and steam them.
  • Goreng ikan yang siap dikukus. Goreng sekejap ja… Goreng juga hirisan bawang besar dan cili padi. Fry the steamed fish. Fry for a short while. Prepare also some sauteed onion rings and slices of small chillies.


Alhamdulillah… dah siap.