Noodles, Resipi

Mi goreng udang

 

Hari ni buat mi goreng la pula. Ambil asas goreng koay teow udang. 👍

إن شآء اللَّه

Bahan2 :

2 peket mi (1 kati/600g setiap satu)

حلَلاً طَيِّبًا

 

2 genggam cili kering, dibuang biji, potong pendik2 dan rebus bagi kembang.

Udang( ikut suka nak banyak mana)

Telur, sedap dicampur dalam mi goreng.

Bwg putih ditumbuk kasar.

  • Bila bwg putih dah kuning keemasan, masukkan cili kering yg diblend lumat. Tumis hingga cili benar2 masak dan naik bau.
  • Masukkan sos tiram, kicap mi dan sedikit kicap ikan. Kacau rata dan biar sebentar.
  • Masukkan udang dan biar udang masak.
  • Masukkan mi yg telah dileraikan.

  • Kacau sebati mi dengan pes cili dan kicap.
  • Masukkan sedikit air supaya mi jadi lembut sikit dan terlerai. Kacau rata.
  • Tolak mi ke tepi. Tuangkan telur .
  • Kaup mi dan tutup telur sebentar dgn mi. Kacau rata mi dan telur.

  • Masukkan batang sawi dan tauge. (sawi , 2 pokok). Kacau rata sebentar, jangan sampai tauge layu.
  • Masukkan daun sawi. Kacau rata dan biar sawi lembut, tapi jgn sampai berubah warna.
  • Tutup api.

 

Mi goreng udang

الحمد للَّه

 

Ikan, Resipi

Kari kekacang

 

Encik somi beli ikan campur2 yg baru naik dari bot. Ada ikan kikik, gelama dan seekor kekacang. Gelama buat goreng ja. Ada peminat gelama goreng ni. Kekacang, kita buat kari ja. Kikik/kekek , simpan dulu.

Katam ikan kekacang dan cuci bersih.

Rampai untuk kari ikut la kegemaran. Kami guna terung panjang(1 biji) dan bendi.

  • Tumis daun kari dulu. Agak2 lembut, masukkan hirisan bwg besar dan bwg putih. Biar hingga kuning keemasan.

Masukkan jintan putih, biar sebentar.

  • Masukkan rempah ikan, 2 senduk kari (kami guna peket besar, tu kena sukat dgn senduk). Kalau guna peket kecil, gunalah 2 atau 3 peket (terpulang nak rasa lebih rempah ka tidak)
  • Tambah sedikit air, kacau sebati serbuk kari.
  • Biar hingga rempah pecah minyak dan wangi.
  • Tambah sedikit air lagi.

  • Masukkan air asam jawa. Yang ni berbeza pada citarasa masing2. Ada orang suka kari ikan masam2 sikit.
  • Biar asam jawa sebati dengan rempah. Bagi gulai didih.

  • Masukkan santan dari ½ biji kelapa. Biar hingga santan pecah minyak dan sebati dengan rempah.
  • Bila kari dah masak, masukkan terung dan biar hingga terung empuk.
  • Kemudian masukkan bendi dan ikan.
  • Bila ikan dah masak (mata dia dah timbul dan rona putih), tutup api.
  • Masukkan garam secukup rasa.

Kari ikan kekacang

الحمد للَّه

Kredit kepada Anis yg memasak. 😘