Noodles, Resipi

Laksa ikan mata besar

 

Teringin nak makan laksa asam masa PKP ni. Tak pa untuk orang yg rapat tu kita hantar ja. Ketua keluarga pi cari semua bahan di market.

Dapat ikan mata besar, sesetengah orang panggil ikan Uji Rashid (Uji kan mata besar, cantik)😍

Suka sangat dapat ikan ni.  الحمد للَّه  Rasanya tetap manis macam ikan kembung tu, cumanya ikan ni lebih besar, maka senanglah kerja menyiang, tak renyah. 😊 Big eye scad 

Masa nak siang tu dok berhati2 dengan duri di bawah perut tu.

Garis sisi pada ikan mata besar perlu dibuang.

Lepas siang bagai, cuci bersih2 dan rebus. Lepas tu boleh asingkan isi dan tulang. Blend isi hingga halus. Tulang diblend berasingan.

Masak kuah cili :

  • 2 genggam cili kering (utk ikan 2 kg) dibuang biji, potong pendik dan rebus hingga lembut.
  • Cili kemudian diblend dengan 3 biji bwg besar dan hirisan lengkuas

  • Serai dititik saja. Tangkai bunga kantan dititik juga.
  • Belacan tak letak pun tak apa.
  • 1 genggam asam keping
  • Sedikit daun cenenghom/kesum
  • Nak letak nenas pun ok. Nak masukkan pudina, ok juga.
  • Nak bubuh kiub ikan bilis atau blend ikan bilis (segenggam) pun boleh.
  • Rebus naik kesemua bahan2 sehingga cili benar2 masak.

Lepas kuah cili dah masak, masukkan isi ikan yg telah diblend. Kalau kuah pekat, masukkan air tulang ikan tadi. Kalau kuah agak cair, air tulang boleh disimpan dalam peti ais( bila kuah diperhangat berkali2 dan menjadi pekat) boleh diguna air tulang tu kemudian. Sebatikan isi ikan dengan kuah.Masukkan garam secukup rasa, serbuk cukup rasa dan boleh tutup api.

Laksa, boleh guna laksa basah atau laksa kering yg direndam dan dicelur.

Laksa asam ikan mata besar

الحمد للَّه

Rampainya ikut selera masing2. Kalau yg suka petis, boleh sj.

 

 

 

Ayam, Resipi

Kari kerisik / Kari Melayu

 

Ada sahabat bagi ayam kampung. Firdaus, جزاكَ اللَّهُ خيرا كثيرا

Ayam kampung, isi dia kejap dari ayam daging. Ayam kampung banyak exercise, bebas berlari, tu isi dia kejap.Kalau nak buat kari tu kena lebih masa untuk dia empuk. 🙂

Cadang nak masak kari kerisik, digelar juga kari Melayu sebab mamak tak guna kerisik dalam kari rempah depa.

Ayam telah dibawa ke tempat proses ayam seorang sahabat. Pembantu dia tolong sembelih, siap dicabut bulu dan diproses bagai.

Sediakan bahan2 utk menumis

  • Panaskan minyak dan tumis daun kari dulu hingga hampir garing.
  • Masukkan hirisan bwg besar, bwg putih dan halia.
  • Tumis hingga semua hampir kuning keemasan.
  • Masukkan sedikit 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga). Biar hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air dan masukkan 2 senduk gulai rempah daging.

Masukkan 3 cb kerisik. Kacau rempah dan kerisik. Tumis hingga rempah garing dan naik bau.

  • Bila rempah dah betul2 masak, masukkan santan dari ½ biji kelapa.
  • Biar hingga santan pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan tutup periuk ( biar sedikit terbuka supaya kuah tak meruap).
  • Biar hingga ayam empuk.

  • Bila ayam telah empuk, masukkan ubi kentang dan biar ubi pula empuk.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup api.

Kari kerisik

الحمد للَّه

Kari agak pekat elok, boleh dimakan dengan nasi, roti jala, lempeng dsb.