Mak

 

Assalamualaikum. Pada tanggal 15 Jun 2020, telah perginya ibu saya, Puan Salmah iaitu penulis blog ini. Kehilangan yang amat dirasai oleh keluarga kami. Seorang isteri dan ibu yang sangat baik, yang amat menyayangi ahli keluarganya. Tiada lagi kedengaran selepas ini suara seorang ibu yang menegur dan memberi nasihat kepada kami, memberi tunjuk ajar kepada kami. Kami pasti merinduimu mak. Rindu akan masakan mak, rindu akan segala-galanya.

Maha Suci Allah Tuhanku Yang Satu, Tuhan Sekalian Alam. Engkau tempatkanlah ibuku bersama orang-orang yang beriman dan solihin. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Al- Fatihah untuk mak.

Resipi, Sambal

Kuah rojak

 

Dah lama tak buat kuah rojak ni.Ada kawan di tempat kerja bagi resipi ni (lebih 3 dekad yg lalu). Buat ja, pastu nak makan dengan buah ka, nak makan dengan sotong kangkong pun boleh.

Bahan2 yg diperlukan:

  • 1 botol kicap manis
  • 500 g gula merah
  • 500 g gula putih
  • 1 genggam cili padi
  • ½ botol petis (otak udang)
  • secubit belacan
  • ½ cwn tepung gandum

  • Blend cili padi dgn kicap manis hingga lumat. Masukkan cili ke dalam sebuah periuk yg besar(kuah akan meruap dan melimpah jika guna periuk yg kecil)
  • Tambah gula putih
  • Masukkan petis

  • Masak gula merah dgn sedikit air, utk hancurkan ketulan2 dlm gula merah.
  • Tapis gula merah yg telah dimasak ke dlm periuk yg berisi cili tadi.
  • Kacau rata dan masak di atas dapur dgn api sederhana.
  • Masak hingga cili padi benar2 masak dan tak berbau cili mentah lagi.
  • Padamkan api dan taburkan tepung gandum di atas kuah dan kacau dgn egg whisk supaya tidak berketul2.
  • Nyalakan api semula dan kacau kuah sehingga mendidih.
  • Tutup api.

  • Sediakan buah2 seperti jambu batu, jambu air, nenas, mangga, sengkuang dsb. Boleh juga disediakan taukua goreng.
  • Sediakan kacang tanah yg disangai dan ditumbuk atau blend dgn chopper utk ditabur atas kuah rojak.
  • Sediakan juga bijan/lenga yg disangai.

Kuah rojak

الحمد للَّه

Siap utk menyicah.

 

Ni ada ahli keluarga yg teringat zaman persekolahan dulu. Kuah rojah dipalit atas potongan sengkuang menjadi kegemaran kanak2 sekolah.