biskut, Resipi

Samperit susu

 

Trend biskut raya dlm 2, 3 tahun kebelakangan ni, di antaranya samperit susu. Kalau disemak balik resepi lama2, samperit susu memang dah ada. Orait la kalau kita nak ketengahkan atau hidup balik kuih2 tradisi orang Melayu kita. 👍👍👍😘

Samperit susu lebih mudah bancuhannya berbanding samperit tradisional yg satu lagi tu.

Bahan2 membuatnya:

  • 500g tepung jagung
  • 3 senduk nasi butter (kami guna marjerin Pelangi ja)
  • Susu pekat (lebihkurang ½ tin)
  • 1sk vanila
  • pewarna kuning (kalau suka, optional)

 

Cara membuatnya:

  • Gaul marjerin ke dalam tepung jagung hingga jadi macam serbuk roti (breadcrumbs).
  • Masukkan susu pekat, sedikit2 sambil digaul ke dalam tepung. Lebih kurang ½ tin.
  • Gaul sebati hingga jadi satu doh yg lembut. Tutup doh dengan tuala ‘good morning’ yg lembab.
  • Jemput2kan doh dan tekan dgn acuan samperit. Hias la dgn apa2 hiasan kegemaran di atas kuih.
  • Sekiranya doh menjadi kering, masukkan sedikit marjerin pd doh(diasingkan dlm segenggam, dan diuli lembut)
  • Bakar dgn api bwh sj dgn suhu 150°C selama 20 minit (ikut kesesuaian oven masing2). Oven dipanaskan dulu.

samperit susu

الحمد للَّه

Walaupun PKP , kuih raya tetap ada (walaupun1,2 jenis sj)  supaya suasana raya masih terasa.  إن شآء اللَّه