Daging, Resipi

Daging masak lemak cili padi

 

Masakan kegemaran di rumah ni, Daging masak lemak cili padi. Hari ni kita bagi laluan utk Anis siapkan. 😘

Sediakan 1kg daging. Penjual daging dah potong siap. Saiz tak lebar sangat.

Kita gu dengan ubi kentang. Belah 4 atau kecil lagi (ikut suka).

Sediakan segenggam cili padi dan sedikit halia. Tumbuk lumat. Nak blend dengan chopper pun boleh. Kalau ada kunyit hidup, boleh tumbuk sekali. Kalau tak ada, guna serbuk kunyit ja.

Santan pekat dan cair dari 1 biji kelapa.

  • Masukkan cili padi lumat, 1ct serbuk kunyit dan asam keping.
  • Masukkan santan cair.
  • Masukkan daging.
  • Masukkan hirisan daun kunyit (dari 1 – 2 helai daun).
  • Rebus naik hingga  daging empuk.
  • Lepas daging empuk, masukkan ubi kentang. Tambah sedikit air jika perlu utk empukkan ubi.

Bila ubi dah empuk, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan masukkan santan pekat. Kacau rata, pasang api semula. Timbuk kuah supaya santan tak pecah minyak. Bila dah gelegak sikit, tutup api.

 

Daging masak lemak cili padi

الحمد للَّه