Ikan, Resipi

Sup kerapu

 

Posa2 ni makan jenis2 sup baik amat. 😋 Baik lagi kalau dapat ikan. Kita buat sup ikan.

Ikan kerapu

Ikan kerapu. Cuci bersih2 dan nak guna yg 5 ketul ni saja. Ekor dan ½ kepala tu bleh simpan utk masak kari pulak.

Sedikit tanghoon direndam.

  • Tumis hirisan bwg putih dan halia.
  • Masukkan 4 sekawan.
  • Bila bwg dan halia dah kuning, masukkan air secukupnya (agak2 bnyk mana sup yg kita mau)
  • Masukkan 1 biji bwg besar yg diblend. Biar hingga hilang bau bwg tu (utk pekat dan rasa manis )
  • Masukkan serbuk lada hitam (ikut rasa masing2) dan serbuk cukup rasa atau terus saja guna serbuk lada Ajishio. Garam secukupnya.
  • Bila sup dah didih, masukkan ikan. Bila dah masak, masukkan tanghoon. Biar sekejap, tutup api.
  • Masukkan hirisan btg daun sup dan btg daun bwg serta hirisan tomato. Kacau sikit.

Bila dihidang, tabur daun sup dan daun bwg serta bwg goreng.

Sup Kerapu