Nasi, Resipi

Nasi ayam,ayam goreng tepung

 

Nasi ayam buat macam biasa ja, cuma kali ni nak bubuh rona pulak.

1 ekor ayam, (kami kurangkan sikit, sebab banyakkan utk goreng 😅)

Kami guna periuk biasa saja.

Tumis macam biasa, masukkan air rebusan ayam ikut sukatan. Cuma kali ini masukkan pewarna kuning sikit utk dapat nasi ayam kuning.

Bila nasi dah kering, kacau supaya nasi di bhgn bawah dibawa ke atas. Ratakan dan buatkan tompok2  pewarna kuning di atas nasi. Tutupkan periuk (kami tindih dgn lesung batu, utk elak wap keluar) dan biar 30 minit utk nasi masak.

Hidangkan nasi ayam dengan ayam goreng rangup.

Nasi ayam, ayam goreng rangup

الحمد للَّه

 

Kalau nak makan dengan ayam goreng sos tiram pun boleh. Ada sikit ayam dari rebusan tadi.

Ayam, Resipi

Ayam goreng rangup

 

Kita bagi laluan untuk Angah masak hari ni. Angah nak buat Ayam goreng rangup.

الحمد للَّه

Ayam dah siap diproses oleh “kitchen helper”  😌

Perap 1 ekor ayam dengan :

1 sb thyme

2 sb paprika

1 sb serbuk cili

2 sb serbuk jintan manis

1 sb serbuk ketumbar

2 sb serbuk lada Aji Shio

1 sb cuka

Garam secukup rasa

1½ mug tepung gandum

  • Bancuh bahan2 di atas untuk salutan. Bancuh dengan air, jgn terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Perap 2 — 3 jam.

Salutkan ayam dengan tepung gandum yg dicampur sedikit garam.(kita bedakkan dia 😅)

Goreng dlm minyak yg banyak (deep fry)

Ayam goreng rangup

الحمد للَّه