Daging, Resipi

Kari Kambing Ubi Kentang

 

 

Emmmbe….k,ย  ย belum ramai yg suka makan daging kambing ๐Ÿค” Ada yg kataย  daging kambing berbau kuat . Mungkin ada kebenarannya berbanding dengan daging lembu. Macam itik, tak semua orang mau makan itik. Atas alasan yg sama — bau. Masyarakat Cina memasak itik dengan campuran berbagai herba utk nyah bau. Dalam masyarakat Melayu itik sedap dimasak rendang. Bau kuat akan diatasi oleh haruman herba seperti lengkuas, halia, kunyit, kerisik dsb. Begitu juga dgn kambing. Bau kuat kambing akan hilang dengan adanya haruman rempah ratus dan herba. ุฅู† ุดุขุก ุงู„ู„ู‘ูŽู‡

  • Sediakan daun kari, bwg besar, bwg putih dan halia. Utk tumisan, guna sebiji bwg besar shj.
  • Pijarkan minyak, tumis daun kari dulu hingga garing.
  • Kemudian baru masukkan hirisan bwg besar, bwg putih dan halia. Tumis hingga kuning keemasan dan wangi.

 

Ambil santan cair dan santan pekat dari sebiji kelapa.

  • Bila bwg dan halia dah kuning, masukkan sedikit santan cair. Masukkan rempah daging (ยฝ peket saiz 125g).
  • Tumis hingga rempah wangi dan betul2 masak. Tambah santan cair hingga rempah masak.
  • Masukkan daging, hirisan 2 biji bwg besar dan santan.
  • Terus masak hingga daging empuk.
  • Bila daging sudah empuk, masukkan ubi kentang dan masak hingga empuk.
  • Bila ubi kentang dah empuk, masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup api.

 

Kari kambing ubi kentang

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

 

Kuih-muih, Resipi

Kuih Cara

 

Ada ahli keluarga suka makan kuih cara. Cari dlm google, kita derhaka sikit pd resepi.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

Acuan kuih cara dah ada, lama tak guna.

Sediakan:ย 

Sebiji kelapa yg kecil, (tak boleh guna mesin parut sbb kecil). Jadi kami hiris kecil2 dan nipis utk diblend.

7 helai daun pandan diblend bersama kelapa.

4 mug air utk blend kelapa dan daun pandan. (blend 2x)

2 butir telur

3 mug tepung gandum

  • Campur tepung gandum, telur dan air perahan santan dan daun pandan. Blend bancuhan ini supaya tiada lagi ketulan2 tepung. Biar sebentar sebelum masak.
  • Masukkan pewarna hijau, ikut suka nak gelap macamana.
  • Guna kole logam utk mengisi sedikit bancuhan setiap kali nak tuang bancuhan ke dalam acuan.

Minyak masak utk disapu pada acuan kuih cara. Setiap kali nak guna, seretkan daun pandan pd tepi mangkuk utk mengurangkan minyak.

Utk memasak kuih ini acuan mesti betul2 panas dulu supaya kuih tidak melekat pada acuan. Bila semua acuan dipenuhi bancuhan, masukkan ยฝ ct. gula pada setiap bancuhan kuih. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil bertangkai. Guna api paling kecil. 5 minit sekali masak.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

 

 

Ada baki serunding ikan, depa nak letak pula. ๐Ÿ˜ƒ

Terima kasih kpd Along n Anis yg sambung masak ( ยพ kerja masak) ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Kredit kepada Dari Dapur