Ayam, Resipi

Ayam percik

 

Ayam percik masa PKP, tak payah bnyk songeh 😅

Perap ayam dulu……

  • Basuh bersih 1 ekor ayam. Potong ikut kegemaran.
  • Blend lumat 2 biji bawang besar dan halia.
  • Masukkan sedikit garam dan lumur rata pada ayam.
  • Perap ½ jam.

Utk kuah :

  • Segenggam cili kering, dibuang biji , potong pendek2 dan direbus hingga lembut.
  • 1 inci halia, 3 biji bwg besar dan 1 st. jintan manis.
  • Blend hingga lumat kesemua bahan2 ini.
  • Rebus naik di dalam kuali hingga kering dan cili benar2 masak.

  • Setelah cili dah kering, masukkan ayam yg diperap tadi.
  • Kacau rata2 dan biar hingga ayam masak(sbb tak mau isi ayam masih merah di dlm, tapi di luar dah berarang camtu bila dibakar.)
  • Masukkan santan pekat (kami guna 2 biji kelapa)
  • Masukkan gula 5 cb, garam dan air 3 hirisan limau nipis (bukan 3 biji naa…)
  • Masukkan 3 cb tepung gandum yg dilarutkan dgn sedikit air, utk memekatkan kuah.
  • Biar kuah pekat dan berpalit2 pada ketulan ayam.
  • Alas tray dengan daun pisang atau aluminium foil.
  • Siap utk dibakar dengan api atas bawah, 200°C selama 20 minit (ikut kesesuaian oven masing2)

Ayam Percik

الحمد للَّه

 

Kuah yg berbaki boleh juga dituang atas ayam yg siap dibakar tu.