Daging, Resipi

Kari Kambing Ubi Kentang

 

 

Emmmbe….k,   belum ramai yg suka makan daging kambing 🤔 Ada yg kata  daging kambing berbau kuat . Mungkin ada kebenarannya berbanding dengan daging lembu. Macam itik, tak semua orang mau makan itik. Atas alasan yg sama — bau. Masyarakat Cina memasak itik dengan campuran berbagai herba utk nyah bau. Dalam masyarakat Melayu itik sedap dimasak rendang. Bau kuat akan diatasi oleh haruman herba seperti lengkuas, halia, kunyit, kerisik dsb. Begitu juga dgn kambing. Bau kuat kambing akan hilang dengan adanya haruman rempah ratus dan herba. إن شآء اللَّه

  • Sediakan daun kari, bwg besar, bwg putih dan halia. Utk tumisan, guna sebiji bwg besar shj.
  • Pijarkan minyak, tumis daun kari dulu hingga garing.
  • Kemudian baru masukkan hirisan bwg besar, bwg putih dan halia. Tumis hingga kuning keemasan dan wangi.

 

Ambil santan cair dan santan pekat dari sebiji kelapa.

  • Bila bwg dan halia dah kuning, masukkan sedikit santan cair. Masukkan rempah daging (½ peket saiz 125g).
  • Tumis hingga rempah wangi dan betul2 masak. Tambah santan cair hingga rempah masak.
  • Masukkan daging, hirisan 2 biji bwg besar dan santan.
  • Terus masak hingga daging empuk.
  • Bila daging sudah empuk, masukkan ubi kentang dan masak hingga empuk.
  • Bila ubi kentang dah empuk, masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup api.

 

Kari kambing ubi kentang

الحمد للَّه