Ikan, Resipi

Serunding temenung

 

Dok hebuh skrg ni di kawasan utara, di kwsn kuala dan tempat nelayan2 menurunkan tangkapan. Di tempat2 lain tak tau la pulak. Ikan temenung(kembung) dijual murah2. Pusat Khidmat Adun Pantai Merdeka dan Penaga pun di kesempatan ini membuat sumbangan ikan temenung percuma untuk penduduk2 setempat.ย  Nak pi jengok jugak. Sungguh! Ikan temenung (tapi anak2 temenung, tak cukup akai) RM1 sekilo. Beli banyak dari kebiasaan, seronok nak buat serunding. Tempat nak menyiang pun selesa. Anak menantu pakat siang ikan ๐Ÿ˜†Siang punya siang, hari koi (kian) gelap. Sambil siang sambil simpan dalam tong ais. Tudia aih……..muka masing2 pun nak macam ikan temenung dah. Badan pun dah berbau ikan.Tamat kerja menyiang bagai pukul 12 mlm. Puaih(puas) dapat ikan murah. ๐Ÿ˜‰ Serik jugak bila kena siang ikan cmni.

Esok baru boleh buat serunding, dah niat cmtu.

Serunding ikan kembung

  • Rebus ikan yg siap disiang dan dicuci bersih
  • Ambil isi ikan (macam nk buat laksa utara tu) dan diblend. Tulang2 kemudian diblend jugak dan ditapis, ambil airnya.

 

  • Bwg putih dan bwg merah dirincih halus, blend.

 

  • Halia dan kunyit dihiris nipis dan blend lumat.

 

  • Lengkuas dan serai dihiris nipis dan blend lumat.

  • Buah keras diketuk2 dan diblend bersama cili kering.
  • Daun kunyit disiat kasar2 sj. supaya mudah dikeluarkan bila serunding dah kering.

 

Cili kering dibuang biji, rebus bagi lembut dan diblend.(di sini kami guna 5 genggam cili)

Santan dari 2 biji kelapa.

  • Rebus naik kesemua bahan2 yang dimesin, dengan api kuat. Masukkan sedikit asam jawa.
  • Bila masakan kian pekat, perlahankan api. Masukkan gula, garam secukup rasa.
  • Kacau hingga kering dengan api kecil.

 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

Kita pekena dengan pulut.

Terima kasih kepada Anis ygย  banyak membantu ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜