Bubur, Resipi

Moi

 

Ada shbt dlm grp wasapp kata, wkt PKP ni baik mkn moi (bubur nasi) ja. Lebih jimat kos, tak payah nak lebih2. 🤔 Semua masuk dalam satu masakan. Selesai.

 

  • Sediakan serai (dititik/ketuk). Kalau yg kurang minat dengan serai, boleh kurangkan jumlahnya.
  • Hiris halus halia dan bwg putih
  • Tumis dulu serai hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan hirisan bwg putih dan halia. Tumis hingga kuning keemasan.

Masukkan air (tiada sukatan, jgn risau nasi lembik sbb memang nak bagi nasi hancur pun) 😅

  • Masukkan daging cincang dan beras (2 mug) yg dibasuh bersih.
  • Rebus naik dengan api sederhana hingga nasi hancur dan daging pun empuk.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup api.

 

الحمد للَّه

Satu nostalgia zaman kanak2, cuma bubur nasi ni ditumis.

 

buah, Resipi, Sayur

Lemak kari nangka muda

 

Waktu2 begini (PKP) kepiu, nak keluar kerap pun tak sanggup. Tengok2 keliling rumah apa yg ada. 😎 Nangka muda. Orait.

الحمد للَّه

Masak lemak kari. Rempah daging ada 👍 (guna apa yg ada sj.)

  • Nangka saiz sedang saja. Kami guna 3/4 nangka .
  • Kupas kulit, basuh dan potong .

Santan dari sebiji kelapa, cair dan pekat. الحمد للَّه nyoq (kelapa) pokok sendiri.

  • Basuh hirisan daging, masukkan ke dalam periuk.
  • Masukkan 3 senduk kecil rempah daging.
  • Masukkan air/santan cair dan rebus hingga daging empuk dan rempah masak betul2.

  • Masukkan potongan nangka muda.
  • Rebus hingga nangka empuk dan kuah hampir kering.

Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa, kacau dan timbuk supaya santan tak pecah minyak. Tutup api.

Masukkan bwg putih, bwg besar,daun kari dan hirisan cili kering yg ditumis darat ke dalam periuk. Kacau rata. Boleh ceduk utk dihidang.

 

الحمد للَّه