Flora, Kuih-muih, Resipi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Kuih tradisional orang Melayu yang tak jemu dimakan bagi sesetengah orang. Lemak2 manis rasanya. Boleh diwarnakan dengan pencelup kuning atau dicampur dengan gula merah. Ada kalanya terdapat ubi kayu kuning dan tak payahlah guna pencelup .

Cabut ubi kayu kerja kaum adam ๐Ÿ˜….ย  ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง ย en. somi yg menuai dan angah yg menanam.

Haluih2 tapi banyak . Apa2 pun ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡

  • Kupas ubi kayu
  • Cuci bersih2 dan kerat pendik2
  • Hiris nipis2,campur sedikit air dan mesin/blend hingga lumat

  • Tuang ubi kayu yg lumat ke dalam penapis sambil ditekan perlahan2 dengan sudu untuk keluarkan air ubi.
  • Air ubi akan terpisah kepada 2 bhgn., air jernih dan kanji putih. Air dibuang dan kanji dicampur ke dalam ubi kayu yg disejat.

Kami guna sukatan kole/mug ni saja.

  • 4 kole ubi kayu yg diblend dan disejat
  • 2 kole santan pekat
  • 1 kole gula
  • secubit garam
  • pewarna kuning

Sapu loyang dengan minyak masak atau majerin. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu. Guna api atas dan bawah dgn suhu 200ยฐC selama 1 jam.

Biar bengkang yg sudah masak betul2 sejuk baru dipotong. Selalunya org2 tua dulu bakar bengkang ni waktu malam. Esoknya potong baru cantik.

 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‘ูŽู‡