Banyaknya jarum……..

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Jarum tujuh bilah / Pereskia sacharosa

Kebiasaannya bila badan rasa panas sikit,terutama selepas makan durian,kami ambik 7 helai daun pokok ni,basuh elok2,selawat dan rebus.Minum airnya.(Walaupun bahan ni adalah dr.sumber alam,dia tetap ada ‘dosage’nya jugak.Jangan main2 ooooo….

Ada kes dengan buah mengkudu/noni —- kita guna 2 biji mengkudu,blend dan minum airnya.Member sorang tu pi blend 8 biji,terus tak boleh bangun.Alhamdulillah lepas tu pulih (tapi terkejut beruk la sat).Sungguh.

Kalau tak berani,jangan cuba.(don’t try this at home). Satu lagi kes –si hamba Allah ni pi makan terlebih jarum mas.Panas badan,sampai keluar tahi2 mata. Jgn.memukat……

Bunga2 rona oren yg.cantik.Subhanallah. Pretty orange flowers. Subhanallah.

Pokok  Jarum tujuh bilah ni mempunyai banyak duri halus di batang berdekatan pangkal daun.Duri ni kalau kena badan,memang payah nak keluar.Tunggu sampai bernanah baru dia nak keluar dengan nanah.Bayangkan ada orang memang dah jatuh terduduk atas pokok ni!Mujur pakai seluar jeans tapi tembus jugak!

–♣–

Orang Inggeris kata penang

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Pinang ini juga dikenali sebagai pinang makan atau pinang kampung. Gambar menunjukkan pinang masak dan pinang muda di atas pokok. Seingat2 ketika Drj.1,dlm.pelajaran B.Melayu warna oren disebut warna pinang masak. Melayu sungguh.Yang kata ‘orange’ tu rona buah limau masak Mat Saleh. Tu pun dia tak kata ‘ripe orange’. Kita jarang mengguna perkataan pinang masak sbb.perkataan tu panjang kot berbanding oren. The betel nut or areca nut (Areca catechu) belongs to the palm family.

Pokok2 pinang menjadi hiasan taman di hentian toll Jambatan Pulau Pinang. Areca nut palms add beauty to the landscape at the stop of the Penang Bridge toll.

Nama Pulau Pinang diperolehi dari nama pokok pinang jenis ini. Penang Island was named after this palm tree.

Buah2 pinang yg.luruh di tanah. Areca nuts on the ground.

Pinang raja digunakan sebagai pokok hiasan taman. This so called “royal areca nut” locally is a landscape beauty. Ptychococcus paradoxus

 

–♥–