Asam pedas Melaka

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Dah ada pes asam pedas Melaka, nak cuba masak la pulak…Yang ada pun ikan pelata….

   Alhamdulillah…..

 

Saja ambik rasa pes asam pedas ni… ehmm sedaap. Bahan2 dia memang siap ditumis, wangi.

Cara memasak (seperti tertera di kotak). Cooking instructions (as printed on the packet)

  • Masukkan isi kandungan 1 pek Pes Asam Pedas (150g) ke dalam periuk. Tambah 500g air dan masak sehingga mendidih. Place the contents of 1 pack of Asam Pedas Paste (150g) in a cooking pot. Add 500g of water and bring to a boil.
  • Kecilkan api dan masukkan 500g ikan dan masak hingga empuk.(Masuk sekali dengan kacang bendi, daun kesum dan bunga kantan.). Reduce heat and add 500g of fish and cook until tender.
  • Untuk rasa yang lebih enak, tambahkan sedikit tomato,daun limau, daun kesum, bendi dan terung. For a more delicious taste add some tomatoes, lime leaves, Vietnam mints, okras and eggplants.

   Alhamdulillah…..

 

 

Asam pedas biji ketumbar

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Dapat resipi ni daripada mak mentua (arwah)– {Al-Faatihah} suatu ketika dulu. Encik suami suka sangat.Obtained this recipe from late mother in-law. Mr hubby loves this dish so much.

  • 1 genggam cili kering dibuang biji dan direbus sehingga kembang.1 handful of dried chillies,remove seeds and bring to the boil.
  • 1 cb beras dibasuh bersih. 1 tbsp rice grains,washed.
  • 1 cb biji ketumbar dibasuh. 1 tbsp of coriander seeds,washed.
  • Kisar cili kering,bawang besar (1 biji),beras,biji ketumbar dan sedikit belacan. Blend the dried chillies,1 onion, rice grains, coriander seeds and some prawn paste.

  • Sedikit asam keping,cukup untuk memasamkan masakan. Some Malabar tamarind,enough to sour the dish.
  • 1 biji timun dihiris tebal. 1 cucumber,cut into big slices.

  • Rebus naik daun kesom/cenenghom,asam keping dan cili mesin. Boil together the blended chillies, Vietnam mint and Malabar tamarind.
  • Bila cili telah masak,masukkan hirisan timun dan biar hingga timun lembut. Masukkan ikan pari dan biar hingga ikan masak .  Masukkan garam secukup rasa. When the chillies are cooked, add in the slices of cucumber. Let the cucumber softened and add in the stingray.Let the fish cooked through.Add in salt to taste.
  • 5 – 6 ketul ikan pari.Ada seorang mak cik bagi tahu,ikan ketul biar dipotong kecil2 supaya kuah boleh serap ke dalam isi ikan. 5 – 6 pieces of stingray.An elderly friend had given a tip on cooking fish; using smaller pieces of the fish enables the gravy to seep into it better.

Alhamdulillah….. the dish is ready.  Alhamdulillah….. dah siap.(hiasan tiru CMG)