Banyaknya jarum……..

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Jarum tujuh bilah / Pereskia sacharosa

Kebiasaannya bila badan rasa panas sikit,terutama selepas makan durian,kami ambik 7 helai daun pokok ni,basuh elok2,selawat dan rebus.Minum airnya.(Walaupun bahan ni adalah dr.sumber alam,dia tetap ada ‘dosage’nya jugak.Jangan main2 ooooo….

Ada kes dengan buah mengkudu/noni —- kita guna 2 biji mengkudu,blend dan minum airnya.Member sorang tu pi blend 8 biji,terus tak boleh bangun.Alhamdulillah lepas tu pulih (tapi terkejut beruk la sat).Sungguh.

Kalau tak berani,jangan cuba.(don’t try this at home). Satu lagi kes –si hamba Allah ni pi makan terlebih jarum mas.Panas badan,sampai keluar tahi2 mata. Jgn.memukat……

Bunga2 rona oren yg.cantik.Subhanallah. Pretty orange flowers. Subhanallah.

Pokok  Jarum tujuh bilah ni mempunyai banyak duri halus di batang berdekatan pangkal daun.Duri ni kalau kena badan,memang payah nak keluar.Tunggu sampai bernanah baru dia nak keluar dengan nanah.Bayangkan ada orang memang dah jatuh terduduk atas pokok ni!Mujur pakai seluar jeans tapi tembus jugak!

–♣–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *