Banyaknya jarum……..

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Jarum tujuh bilah / Pereskia sacharosa

Kebiasaannya bila badan rasa panas sikit,terutama selepas makan durian,kami ambik 7 helai daun pokok ni,basuh elok2,selawat dan rebus.Minum airnya.(Walaupun bahan ni adalah dr.sumber alam,dia tetap ada ‘dosage’nya jugak.Jangan main2 ooooo….

Ada kes dengan buah mengkudu/noni —- kita guna 2 biji mengkudu,blend dan minum airnya.Member sorang tu pi blend 8 biji,terus tak boleh bangun.Alhamdulillah lepas tu pulih (tapi terkejut beruk la sat).Sungguh.

Kalau tak berani,jangan cuba.(don’t try this at home). Satu lagi kes –si hamba Allah ni pi makan terlebih jarum mas.Panas badan,sampai keluar tahi2 mata. Jgn.memukat……

Bunga2 rona oren yg.cantik.Subhanallah. Pretty orange flowers. Subhanallah.

Pokok  Jarum tujuh bilah ni mempunyai banyak duri halus di batang berdekatan pangkal daun.Duri ni kalau kena badan,memang payah nak keluar.Tunggu sampai bernanah baru dia nak keluar dengan nanah.Bayangkan ada orang memang dah jatuh terduduk atas pokok ni!Mujur pakai seluar jeans tapi tembus jugak!

–♣–

Selasih Tulasi

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

 

Selasih Tulasi ni kebetulan tumbuh di laman rumah kami sebab benih pokok ni samada  dihanyut air hujan atau ditiup angin dari pokok jiran India dekat rumah tu. Masyarakat India menganggap selasih ini sebagai tumbuhan suci Hindu.Daun2 selasih Tulasi ini diguna dalam upacara sembahan mereka. Kawan2 Siam yg.kami kenal pula gemar memasuki daun selasih Tulasi ni dalam beberapa jenis masakan mereka. Teruja sangatlah kawan Siam sorang tu  bila tengok pokok2 ni bila dia datang ke rumah hari tu. Terus dipetik2nya. Masyarakat Siam mengenali selasih ini sebagai Thai holy basil.

This Tulasi basil happened to grow on our home backyard ’cause the seed was either washed by rainwater or blown by the wind from our Indian neighbour’s plant.The Tulasi basil is a sacred plant to the Hindus.The leaves are used during their worship ceremonies.The Tulasi basil leaves have a strong aroma.Meanwhile our Siamese friends whom we know like to include the Tulasi basil in some of their dishes. There’s one Siamese friend who was excited to see these plants when she came to visit us the other time.She then started plucking. To the Thais this basil is known as the Thai holy basil.

 

 — ♣ —