Nasi Lemak Sambal Bilis Berkuah

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Lama tak makan sambal tumis berkuah.

Sediakan cili macam biasa. 2 genggam cili dipotong2 ,dibuang biji dan direbus hingga lembut. Mesin dengan 5 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar.

Tumis sampai wangi

Tambah air dan ikan bilis{ 2 genggam} (ikan bilis tak payah goreng).

Masukkan air asam jawa. Masak hingga ikan bilis lembut. Tambah air jika perlu.

Masukkan gula (jika suka) dan garam secukup rasa.

 

Nasi lemak

6 kole beras digunakan. Nisbah beras ke air — 1 : 1.5. 6 mugs of rice were used. The ratio of rice to water is 1 : 1.5.

  • Basuh bersih beras dan masukkan rempah ratus (1 cb jintan manis, 1 cb buah pelaga & 1 cb lada hitam). Wash clean the rice grains and add in the spices (1 tbsp fennel seeds,1 tbsp cardamoms & 1 tbsp black peppercorns). 

  • Masukkan hirisan bawang dan halia. Add in the slices of onion and ginger.
  • Masukkan garam. Add in salt.
  • Masukkan santan( kali ni guna santan dr 2 biji kelapa- nk lebih lemak). Add in coconut milk(this time around we are using coconut milk from 2 coconuts- to make the rice creamier).
  • Masukkan 3 helai daun pandan yg disimpulkan.
  • Tanak hingga masak. Boil until cooked.

 

        الحمد لله