Shell out di rumah

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Ada sedara terdekat nak belanja di shell out. Bincang punya bincang kita masak ja kat rumah. Amacam?  Orait, Insyaa Allah.  A close relative had wanted to shell out at an eatery. After some discussions, we decided to have the so called ‘shell out’ at our very home. It suited every one. Fine.

 

Ikut citarasa orang Melayu. We went for the Malay style of cooking …….

Makan ala-ala makan dalam talam….. keberkatan rezeki berada di tengah2 hidangan.

    وَٱﻟﻠَّﻪُ اَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﺎﻟﺼَّﻮَابِ

 

Makanan laut yang ada / the seafoods available

  • 1 kg udang sedang dan 1 kg udang kecil. 1 kg medium size prawns and 1 kg small prawns.
  • 1 kg sotong sedang (dikelar,jgn putus) dan 1 kg sotong kecil. 1 kg medium size squids (make slits on the surfaces) and 1 kg small squids.
  • 1 kg ketam. 1 kg crabs.
  • 2 kg kepah. 2 kg venus clams.
  • 1 kg lala. 1 kg carpet clams.

Perisi dan cuci bersih kesemua makanan laut dan rebus.Sejat. Wash clean the shellfishes (molluscs and crustaceans). Boil them and strain.

  • Kerat kpd 5 bahagian setiap tongkol jagung. Jagung yg diguna ialah jenis jagung lembut. (Kata pekedai jagung ni ialah jagung Ipoh.Boleh dimakan mentah. Rebus sebentar saja — 5 minit.). Cut into 5 parts each cob of maize. We were told these are sweet corns. It can be taken raw. Blanch for only 5 minutes.
  • Brokoli juga dipotong kecil dan dicelur sebentar. Cut up the broccoli and blanch.
  • Kubis ungu dibiarkan mentah. Hanya hiris untuk ditabur atas hidangan. The purple cabbage to be taken raw. Slice up for garnishing.

  • Panaskan 2 cawan minyak masak dan tumis mula sekali serai (3 btg dititik) hingga kuning. Heat 2 cups of cooking oil and fry firstly 3 crushed lemongrass until golden brown. 
  • Masukkan hirisan 5 biji bawang besar dan hirisan 2 inci halia. Goreng hingga lembut. Add in slices of 5 onions and 2 – inch ginger. Fry until softened.
  • Masukkan hirisan 5 ulas bawang putih. Goreng hingga kuning keemasan. Add in slices of garlic ( 5 pips). Fry until golden brown.

  • Masukkan cili mesin (2 genggam cili kering dibuang biji dan rebus hingga lembut. Mesin halus). Biar hingga cili betul2 masak. Add in blended chillies (2 handfuls of dried chillies, seeded and boiled until soft. Blend finely). Let the chilly paste be thoroughly cooked.
  • Masukkan 1 botol kecil sos cili , 1 botol kecil sos tiram dan 3 hingga 5 sb gula. Garam secukup rasa. Add in 1 small bottle of chilly sauce, 1 small bottle of oyster sauce and 3 to 5 tbsp. of sugar. Add salt to taste.
  • Masukkan ke dalam kuah bermula dengan udang, kacau dan angkat. Buat yang sama dengan ketam,sotong , kepah dan lala. Add into the sauce starting with the prawns, stir and scoop. Then do the same to the crabs,squids and the clams.

Siapkan meja dan longgokkan masakan dan juga nasi.  Get ready the dining table and just pile up the dish along with the rice.

 

 

     ٱﻟﺤَﻤْﺪُﻟﻠﻪ

 

 

 

Nasi butter dari blog masam manis. Terima kasih Azlita kerana perkongsian resipi yang sangat bermanfaat kepada ramai.

    ﺟزا ك ﷲ ﺧﻴﺮا ﻛﺜﻴﺮا

Boq sora

Bismillah Phrase Arabic Islamic Calligraphy 05

Ustaz kata kalau nak buat makan buboq asyura buat la bila2 masa pun. Jangan dok ambek sempena 10 Muharram tu…… Yang kata bubur asyura ni pun memang ramai yang suka. Ada yang buat cair (dah kata bubur) tapi ada juga yang suka yang versi macam bengkang tu. Di negeri2 pantai timur Malaysia pula bubur asyura dia berempah dan berdaging (ha …terbalik pulak, negeri mamak & mami ni pulak tak buat boq sora yang berempah). Tu yang dikatakan citarasa masing2 kan?

Kami buat yang pekat tu…..

Sediakan:

  • 1 kg kacang hijau1 kg green beans (mung/moong beans)
  • 5 tongkol jagung segar (tak dapat, jadi guna 2 tin jagung proses). 5 cobs of fresh corn (unavailable, so opt for the canned corns,  used 2 cans).
  • 500 g sagu (basuh sedikit dan sejat). 500 g sago (slightly washed and drained)

  • 1 sikat pisang raja (payah nak dapat pisang raja di kawasan bagan ni, jadi seorang sahabat tolong dapatkan di tempat lain, lantas diberikan saja.)  ﺟزا ك ﷲ ﺧﻴﺮا ﻛﺜﻴﺮا  Firdaus.      1 comb of bananas ( this type of bananas is unavailable in our place so a friend had bought it for us somewhere else.)                                     ﺟزا ك ﷲ ﺧﻴﺮا ﻛﺜﻴﺮا   Firdaus.
  • Santan pekat (RM 5).  Thick coconut milk (RM 5)

  • 2 kg ubi keledek( dipotong dadu, jangan terlalu kecil). 2 kg of sweet potatoes( cut into cubes, but not too small).
  • 150 g halia ( dipotong halus dan dikisar. Ambil air perahan). 150 g ginger (cut into small pieces and blend. Get the juice)
  • 500 – 700 g gula putih. 500 – 700 g sugar.
  • 500 g tepung beras. 500 g rice flour.Di dalam periuk rebus hingga kembang kacang hijau dengan air halia dan masukkan 3 helai daun pandan.In a cooking pot  boil green beans with ginger juice and 3 screw pine leaves until soft.
  • Tuang kacau hijau ke dalam kuali besar. Tambah air dan teruskan masak hingga kacang hancur. Transfer the green beans into a large wok. Add in water and continue cooking until the green beans disintegrate.

  • Masukkan keledek dan sagu. Sentiasa kacau supaya sagu tak berketul. Add in diced sweet potatoes and sago. Keep stirring so that the sago will not be in a lumpy mass.
  • Masukkan santan dan kacau. Add in the coconut milk and give a stir.
  • Bila sagu dah masak dan keledek dah lembut sedikit, masukkan hirisan pisang raja dan gula. When the sago is thoroughly cooked and the sweet pototoes are slightly soft, add in slices of the bananas and sugar. 

  • Bila pisang dah lembut, perlahankan api sedikit. Masukkan 2 sb garam. When the bananas become soft, turn down the flame slightly. Add in 2 tbsp of salt.
  • Taburkan tepung beras sambil dikacau rata. Buat sampai habis tepung. Sprinkle the rice flour while stirring.Finish off the flour.
  • Kacau hingga sebati tepung dan bahan2 lain. Stir until the flour is thoroughly mixed with the other ingredients.
  • Kacau hingga bubur menjadi pekat, tiada lagi bau tepung dan bubur berubah warna menjadi lebih gelap dari asal. Keep stirring until the porridge thickens, no more smell of rice flour and the porridge colour changes to a darker tinge.

  • Sendukkan ke dalam bekas2 plastik supaya mudah diagihkan kepada sedara2 dan sahabat2. Scoop into plastic containers for convenience to distribute to relatives and friends.
  • Mengikut tradisi, bubur asyura dituang ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang (wangi macam ni). Bila sejuk, dipotong2 macam bengkang. Traditionally this porridge is poured into a large tray lined with banana leaves (nice aroma gained from the banana leaves). When cooled, the thickened porridge is cut into pieces.        

 

       ٱﻟﺤَﻤْﺪُﻟﻠﻪ